Kumpulan eMedica
Kumpulan/Jawatankuasa Esports Medical Academic (Esports MedicA) adalah satu kumpulan/ jawatankuasa perubatan komprehensif yang khusus tertumpu kepada pemain Esports dan pemain permainan video. Kumpulan ini diasaskan dan diselaras oleh Dr. Zatul-´Iffah Abu Hasan (Jawatankuasa Tetap Pendidikan (Kesihatan) Majlis Belia Malaysia/ Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia).
Esports MedicA terdiri daripada beberapa organisasi iaitu Majlis Belia Malaysia (peneraju utama)
– Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia
– Green Crescent Malaysia – Esports Darul Khusus Club.
Terdapat dua elemen di dalam organisasi ini, iaitu elemen sukan Esports yang diselaraskan oleh En. Muhammad Faries Faizal Shamsul (Pengasas bersama/ Jawatankuasa Tetap Pendidikan /Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri
Sembilan) dan elemen perubatan. Ahli perubatan Esports MedicA adalah terdiri daripada pakar-pakar perubatan yang berkaitan, iaitu pakar mata, telinga, kognitif, ergonomik dan psikologi.
Kumpulan perubatan ini akan bekerjasama dengan kumpulan Esports bagi lebih memahami dan mendekati pemain-pemain yang terlibat. Kumpulan ini bersifat neutral tanpa mengikut arus stigma negatif/positif masyarakat terhadap permainan
Esports dan bertujuan untuk menyumbang dalam pembangunan Esports secara sihat.